APA jawapan anda jika ada yang bertanya tentang definisi lelaki kacak bagi anda? Tinggi? Kulit cerah? Hitam manis? Sado? Haa cepat mana satu ni?
Sekarang ni tengah hot story pasal sorang handsome boy dari Tawau yang pada mulanya dikecam netizen sebab pakai banyak sangat kanta lekap berlainan warna.
Tapi sekarang, bukan main netizen suka pulak tengok muka Wahyu Syed Yunus, 25, yang berasal dari Tawau, Sabah ni.
Aduhhh, kita yang tengok ni pun dah cair dah ni… Bila tengok betul betul wajah kacak Wahyu ni, teringat dekat watak hero Flynn Rider dalam filem animasi Tangled. Agak-agak ada iras tak?
Perhatikan bentuk wajahnya, goatie dan senyumannya ada lah iras sikit kan? Dan sebab Wahyu ni kulit putih dan kacak, ramailah yang dah jatuh cinta tu kan…
Tengoklah ni apa komen netizen semua. Kebanyakannya nampak excited sangat bila wajah Wahyu ada iras-iras hero Disney tu.
Tapi Wahyu sendiri kata yang dia tak nampak dekat mana irasnya tu. Mungkin sebab awak hari-hari tengok muka awak dekat cermin, jadi awak tak nampak dekat mana yang ada irasnya.
“Sebelum ni saya tak pernah tengok filem ni. Tapi selepas tengok, tak ada sama pun. Kalau sama pun mungkin hanya gaya rambut dan janggut, mungkin.”
“Tapi terkejut juga bila mak saya sendiri pun kata ada iras. Apapun saya terima saja selagi komen semua yang baik-baik dan bukan lagi kecaman,” katanya.
Wahyu sebelum ini dikecam segelintir netizen disebabkan ‘kegilaannya’ mencuba pelbagai warna kanta lekap.
Kata Wahyu, dia sebenarnya menjual kanta lekap tersebut. Jadi dia dah pun cuba hampir 20 warna kanta lekap tapi bukan hanya saja-saja. Dia pun pakai kanta lekap yang ada power. Bukan pakai semata sebagai fashion je.
“Saya sebenarnya tak kisah apa orang kata pasal saya. Penjelasan saya sebelum ini supaya orang faham yang saya sebenarnya menjual kanta lekap.”
“Alhamdulillah, sekarang semua dah faham dan mereka menyokong saya. Sekarang, saya mahu beri tumpuan kepada perniagaan saya,” katanya memetik laporan mStar Online.
Lepasni jejaka dekat luar sana tu boleh lah beli kanta lekap dekat Wahyu. Mana tahu boleh ‘curi’ sikit aura handsome si Wahyu ni ke. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
No comments:
Write comments