Friday, 4 August 2017

Bapa Puas Hati Pembunuh Anaknya Ditembak Mati


“SAYA rasa puas dan lega,’’ demikian pengakuan seorang bapa selepas menyaksikan perogol dan pembunuh anak perempuannya yang berusia tiga tahun, dihukum tembak di hadapan orang ramai di Yaman.

Menurut Yahya Almatari, ketika jirannya, Muhammad al Maghrabi, 41, ditembak, dia berada di situ bagi menyaksikan hukuman tersebut.

Muhammad ditembak dengan lima das tembakan dan meninggal dunia di situ juga.

“Saya lega. Rasa seperti dilahirkan semula. Saya melihat pembunuh anak saya, Rana dihukum di Dataran Tahrir di Sana’a.

“Saya dan keluarga serta jiran serta orang ramai kemudiannya menuju ke bilik mayat . Kami membawa mayat si kecil itu lalu mengebumikannya di kawasan perkuburan berhampiran.

Saya dan isteri saya, Jamileh bersyukur kepada Allah kerana keadilan telah dilaksanakan,’’ kata Yahya.

Dalam kejadian pada hari raya Aidilfitri lalu, Muhammad telah menculik Rana yang ketika itu sedang bermain di luar rumahnya. Dia membawa kanak-kanak berkenaan pulang lalu merogol dan mencekik Rana.


Mayat si kecil itu kemudiannya dibuang berhampiran masjid di mana keluarga Rana menetap.

Muhammad ditangkap dua hari selepas Rana hilang dan dia yang juga warga Maghribi, mengenali mangsa serta keluarganya.

Polis menemui banyak pil dan pelincir yang menunjukkan bukti bahawa dia memang merancang jenayah itu.

Muhammad sebelum ini dihukum sebat 100 kali selepas mengaku merogol dan membunuh Rana namun selepas penduduk Yaman bantah hukuman berkenaan, hakim memutuskan lelaki itu dihukum mati. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments