Tuesday, 1 August 2017

Anak-Beranak Malang Termakan ‘Sayur Ular’


SEORANG wanita dan anak perempuannya telah dikejarkan ke hospital selepas mereka berdua telah termakan seekor anak ular yang terdapat dalam sayur kubis yang mereka makan.

Doktor Dharmendra Jhanwar, iaitu doktor yang bertanggungjawab ke atas kes ini mengesahkan dua beranak itu keracunan makanan kerana terkena bisa anak ular tersebut.

Media Indianexpress juga telah mendedahkan mengenai kejadian itu menerusi video yang diambil.

Mangsa yang dikenali sebagai Afsana Imam, 35, memberitahu pihak media bahawa kejadian berlaku ketika dia sedang memasak untuk makan malam mereka berdua.

Pada mulanya dia memang tak perasan tentang kehadiran anak ular itu yang bersembunyi dalam sayur kubis dan dia terus memasak sayur tersebut.

Malangnya, akibat tindak balas racun ular yang dah bercampur dengan darah mereka, kedua-dua anak beranak itu mula tidak stabil setelah beberapa jam menikmati hidangan ‘eksotik’ tersebut.

Selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, kedua beranak itu masih lagi di bawah pantauan pihak hospital untuk beberapa hari lagi.

Sebab itu lah kita dinasihatkan untuk membasuh segala sayur-sayuran yang dibeli di pasar atau supermarket sebelum mula memasak. Serangga atau haiwan yang tak diundang kadang-kala memang selalu ‘tersalah jalan’ masuk ke dalam sayur-sayuran yang tumbuh di tanah. – MYNEWSHUB.CC /Ainaa Hafizah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments