Wednesday, 12 July 2017

Maut Dipatuk Ular, Tinggal Di Bangsal Ketika Haid


SEORANG remaja perempuan meninggal dunia akibat dipatuk ular selepas dia diarahkan tinggal di dalam bangsal di luar rumah kerana sedang haid, di Nepal.

Mangsa, Tulasi Shahi, diarah tinggal dalam bangsal itu sehingga habis haid. Ia merupakan satu tradisi yang diamalkan di negara berkenaan sejak lebih sedekad lalu.

Amalan ‘chhaupadi’ bermaksud gadis-gadis yang sedang mengalami haid dianggap sebagai tidak suci lalu mereka akan diusir ke bangsal atau pondok.

Menurut sepupunya, Kamala Shahi, sekiranya Tulasi diberikan rawatan segera, dia mungkin masih hidup.

Namun katanya, Tulasi meninggal dunia akibat amalan dan kepercayaan karut.

Chhaupadi telah diharamkan oleh Mahkamah Agung Nepal pada 2005.

Bagaimanapun amalan itu masih wujud selepas banyak laporan masih diterima melibatkan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat diserang binatang buas atau dirogol. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments