Wednesday, 12 July 2017

Gara-Gara Tegur Bunyi Hon Perut Wanita Ini Direntap


BIADAPNYA! Hanya kerana menegur bunyi hon, wanita ini telah direntap perutnya dan hampir dilanggar oleh seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan.

Menjadi adat bila hidup berjiran kita perlu saling bantu membantu dan bertolak ansur di antara satu sama lain. Selain itu, perlu juga ada rasa hormat terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga dan punyai anak kecil.

Kami tertarik dengan perkongsian seorang wanita ini di laman Facebook peribadinya, di mana hanya kerana dia menegur bunyi hon yang mengganggu anaknya, perutnya direntap malah hampir turut dilanggar suspek! Memang kejam!


Berdasarkan laporan polis yang dibuat, wanita tersebut menegur lelaki berbangsa Melayu itu dengan baik sebanyak tiga kali. Ekoran tidak puas hati, lelaki tersebut bertindak agresif dengan merentap perut dan mahu melanggarnya. Selain itu, lelaki tersebut turut mengugutnya agar berjaga-jaga selepas ini.

Berikut adalah perkongsian wanita tersebut:


Sudahlah wanita tersebut masih dalam berpantang selepas melahirkan anaknya, sampainya hati lelaki itu berbuat demikian! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Amy Maizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments