AKSI kesungguhan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerbu sebuah syarikat pajakan kenderaan yang didakwa menipu pelanggan di Kajang, Selangor memang dipuji ramai.
Malahan rakaman video tersebut kemudian menjadi tular menerusi laman sosial sehingga mendapat tontonan melebihi 100,000 kali daripada pengguna media sosial.
Menerusi video tersebut, jelas kelihatan wakil PPIM, Yusuf Azmi bersama beberapa anggota dan mangsa penipuan syarikat tersebut meminta mereka membuka pintu bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik.
“Kita nak selesaikan cara baik, orang yang kat luar ni semua nak ambil kereta masing-masing,” kata Yusuf.
Kedatangan mereka seperti ‘tetamu yang tidak dijemput’, dan mendapat layanan dari seorang jejaka yang kemudian menjadi buah mulut dan perhatian netizen.
Plot twist pula.. Lain isu, lain yang viral.
Bertindak sebagai penyiasat yang berjaya, netizen berjaya ‘mengorek’ segala maklumat lelaki yang menjadi tular itu. Sekali dengan muka, nama, kereta, rumah, dan aktiviti media sosial berjaya dibawa keluar.
Apa yang menarik perhatian, lelaki bernama Shahrol Afiszu ini sebenarnya berbakat dalam tarian sotong yang dikenali sebagai raver. Aik samseng pun masuk raver ke? Ewah2..
Tak cukup dengan itu, penyebaran gambar keretanya juga turut menjadi perbualan hangat.
Tidak dapat menahan rasa kelakar apabila melihat gambar kereta Shahrol, netizen meninggal beberapa komen lucu di media sosial seperti tidak dapat menerima kenyataan kereta itu adalah miliknya.
“Aku perempuan… bertudung lagi… tapi kereta gambar naga berapa gitu… macam han*t je aku tengok gangster kereta gambar sailormoon,” tulis Mandiyana Kasrin.
“Kau tak ada idea lain ke nak design kereta kau tu sakai,” tulis Syafiq Roseland
“Muka boleh tahan ‘ganas’ tapi bila tengok kereta tak melambangkan sebagai seorang gangster,” tulis Smartboyz Farid
“Bajet samseng tapi kereta HAHAHAHAHA Allah Huakhbar,” tulis Muhammad Khirol.
Menerusi ruangan komen di Facebook Mynewshub, komen dari Wirasaga Amri paling menarik minat kami.
Wirasaga Amri meninggalkan screenshot dari sebuah kelab Cari Jodoh Malaysiamenunjukkan Shahrol sedang mencari kenalan.
Awhh, sweet sangat abang samseng kita ni…
Kepada mereka yang sedang mencari kenalan atau jodoh, dengar nasihat tulus dari kami, tolong jangan menyimpan hasrat berkenalan dengan Shahrol.
Lebih baik membujang dari mengenali si samseng rambut purple ni! – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments