TUMPAT – Mengejutkan dan memalukan!
Demikian luahan hati puluhan ribu pengguna laman sosial Facebook yang mengecam tindakan tiga artis dikir barat wanita yang bertindak bergelek secara mencolok mata di sebuah majlis perkahwinan di sini.
Perbuatan memalukan itu dirakam orang ramai dan tetamu ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan yang diadakan pada di Kampung Padang Tembusu, Tumpat, Kelantan, Sabtu lalu.
Menerusi rakaman video berdurasi 12 minit 50 saat, dua penyanyi wanita berpakaian ketat itu bergelek mengikut irama dangdut membuat persembahan.
Turut kelihatan seorang lelaki menyanyikan lagu dikir barat bersama kedua wanita terbabit, sambil diperhatikan beberapa artis dikir barat lelaki.
Netizen yang menyaksikan rakaman mengutuk sekeras-kerasnya tiga artis itu dan ada diantaranya memberikan komen lucah.
Ada juga mengaitkan negeri Kelantan yang terkenal dengan sebagai negeri Serambi Makkah semakin teruk.
Bagaimanapun, salah seorang penari wanita terbabit, Ayue Rosalinda tampil memberi maklum balas mengenai tarian geleknya itu di laman Facebook.
“Meh sini nok pese (pesan) sikit deh, pasal video show semalam tuh banyak yang komen negatif, dan ada jugak yang komen positif.
“Tapi kita sebagai manusia semua tidak sempurna deh.
“Jangan nak jadi diri tu hebat macam malaikat, kalau tak leh nak kelih (tengok ) tak soh (jangan) kelih, lepas tu dok komen hak pelik-pelik, tapi alhamdullilah saya dapat pahala free,” katanya dipetik di Facebooknya.
Sementara itu menurut laporan Harian Metro, Yang Dipertua Majlis Daerah Tumpat, Rosnazli Amin berkata persembahan yang diadakan itu tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan.
Walaupun hanya merupakan persembahan yang diadakan di majlis perkahwinan termasuk karaoke, ia juga mesti mendapat kebenaran pihak berkuasa.
“Seharusnya tuan rumah yang menjadi penganjur majlis itu menegah sesuatu yang bercanggah dengan syiar Islam kerana perkahwinan adalah ibadah dan untuk mendapatkan keredaan Allah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments