Seorang buruh dihukum penjara 12 tahun dan tujuh sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, petang semalam kerana kesalahan merogol isteri jirannya.
Mohd Rifaudin Che Azmi, 24, didakwa merogol guru agama yang ketika itu berusia 27 tahun di sebuah rumah di Kampung Tok Kerawat Dalam Mata Ayer, Pulai Chondong, Machang, pada jam 8.30 malam, 25 Oktober 2012.
Hukuman diputuskan Hakim, Nazri Ismail selepas tertuduh yang masih bujang tersebut mengaku salah tertuduh tuduhan yang dikemukakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang juga jirannya yang kini berusia 32 tahun dan meletakkan lawi ayam ke leher hingga menimbulkan ketakutan akan kematian terhadap mangsa di sebuah rumah di Kampung Tok Kerawat, Pulai Chondong, Machang, jam 8.30 malam, pada 25 Oktober 2012.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan sehingga 30 tahun dan sebatan.
Terdahulu, peguam Ahmad Nuri Abd Rahman memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana tertuduh sudah menyesal dengan kesilapan dan ia adalah kesalahan pertama.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azlinawati Mohd Arshad memohon hukuman setimpal kerana kesalahan rogol adalah serius dan mangsa adalah isteri orang. - eBerita
1 comment:
Write commentsIni namanya bersedap-sedap dahulu, bersakit-sakit kemudian, Sekarang kau tahanlah buntut, menerima 7 sebatan. Patutnya dibagi 16 sebatan, itu bini orang, patut lebih sikit rotan.
ReplyDelete