TIDAK tahan asyik dicemuh oleh netizen, penyanyi Aisyah Aziz meluahkan rasa ‘bengang’nya di laman sosial.
Gara-gara berpakaian seksi, Aisyah berkata, dia kesal ada segelintir netizen melampaui batas dengan memberi kritikan berbaur negatif tanpa memikirkan kesan ke atas dirinya.
“Kadang kala apabila dibiarkan, kritikan yang dilemparkan melampaui batas. Saya bersuara kerana enggan membiarkan diri dipijak sesuka hati.
“Saya dicemuh kerana dikatakan berpakaian terlalu seksi sehingga dituduh tidak beragama. Siapakah mereka untuk meletakkan hukum kepada saya?
“Media sosial digunakan kerana ia adalah medium paling dekat untuk berkomunikasi dengan peminat. Saya boleh menerima teguran, namun biarlah kena pada caranya,” katanya kepada BHOnline.
Baru-baru ini, bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) 2013 itu meluahkan perasaan menerusi Insta Story mengenai kritikan netizen terhadapnya.
Malah, adik kepada penyanyi Aliff Aziz ini juga turut menyekat akaun-akaun yang memberikan kritikan pedas terhadapnya kerana merasakan mereka cuma memberikan aura negatif terhadapnya.
Bagaimanapun, Aisyah tidak mahu episod buruk ini menjejaskan fokusnya sebagai penyanyi profesional.
Mahu terus mencari tapak di dalam industri muzik, Aisyah bakal muncul dengan sebuah single terbaru tidak lama lagi. - MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments