KEPALA BATAS, PULAU PINANG - Pemilik gerai Bihun Sup Berapi menafikan dakwaan seorang lelaki kononnya mereka menganiaya pelanggan dengan menggenakan caj harga makanan yang mahal.
Pemiliknya, Zam, 40-an, berkata kepada Harian Metro, harga yang dikenakan adalah harga sebenar dan bihun sup yang dijual adalah menggunakan mangkuk besar.
Harga bagi semangkuk bihun sup adalah di antara RM5 sehingga RM30, bergantung pada saiz tulang dan daging. Setiap mangkuk susp mengandungi campuran lobak masin, daging, daun sup, lemon, bawang goreng dan hirisan tomato serta diadun menggunakan resepi turun temurun tanpa menggunakan ajinomoto.
"Aduan pelanggan dalam media sosial tidak jujur kerana minuman teh o ais yang dipesan ialah lima gelas, bukannya dua gelas.
"Jadi, dua mangkuk besar bihun sup dan lima gelas minuman adalah RM31. Tidak timbul soal kami menganiaya pelanggan," katanya.
Isnin lalu, Aswan Wanchik, memuat naik status dan gambar di media sosial mendakwa gerai tersebut mencekik darah pelanggannya.
"Makan bihun sup dua mangkuk dan teh o ais dua gelas, RM31.00. Memang nak mengena orang.
"Masa order tanya harga semangkuk, mereka kata selepas makan baru kira. Ingatkan macam biasa semangkuk RM5.00. Rupa-rupanya mereka takut nak beritahu harga.
"Bila nak bayar, baru beritahu RM13.50 semangkuk. Kalau tahu, tak kelapaq makan bihun sup macam itu. Dah tak sedap, kuah rasa ajinomoto punya banyak.
"Last and forever. Ingat nama kedai ini, Bihun Sup Berapi, depan Longwan Kepala Batas Pulau Pinang, memang berani. Berapi kerana harganya mencekik darah," tulisnya.
Perkongsian Aswan itu telah disukai lebih dari 1,000 netizen dan dikongsi 868 kali. - The Reporter
No comments:
Write comments