YONG PENG, JOHOR - Video sebuah kereta yang dipandu dengan laju bertembung dengan tiga buah kenderaan lain, viral di media sosial hari ini.
Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 7 pagi di kawasan perumahan Taman Sri Aman, sebuah kereta yang dipandu dengan laju tidak menyedari terdapat bonggol jalan di depan menyebabkan kereta itu melambung tinggi.
Pemandu kereta itu kemudian hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh dua buah kereta dan sebuah motosikal di hadapan.
Pemandu kereta itu kemudian hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh dua buah kereta dan sebuah motosikal di hadapan.
Lapor sumber, pemandu kereta terbabit mungkin terkejut ketika melalui bonggol jalan tersebut.
Menurut maklumat awal, Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng menerima panggilan kecemasan pada jam 7.07 pagi dan telah mengerahkan beberapa anggotanya ke lokasi kejadian.
Pemandu kereta Proton Iswara, Chai Kok Chong, cedera parah dan tersepit. Manakala pemandu Perodua Kancil, Lai Mei Hwa cedera. Namun keadaan penunggang dan pembonceng motosikal tidak dapat dikenalpasti.
No comments:
Write comments