KERANA terdesak, seorang wanita sanggup menyerah diri kepada mereka yang dapat memberikan wang kepadanya untuk membolehkan penyakit ketumbuhan di bahunya dirawat.
Bagi tujuan itu, dia sanggup duduk di tepi jalan sambil memegang kad bagi memaklumkan mengenai ketumbuhan tersebut.
“Saya memerlukan wang kira-kira RM200,000. Wang itu diharapkan dapat diserahkan kepada ibu bapa saya,’’ demikian tulisan pada kad tersebut.
Wanita itu juga mendakwa dia mengalami cacat pendengaran.
Kelibatnya di jalan Panyu, China itu mendapat perhatian ramai dan ada antara pejalan kaki di situ yang telah menderma RM1 dan RM2 kepadanya.
Namun ramai juga yang memandang sinis kepadanya dan menyifatkan wanita itu penipu.
“Dia kata dia ada masalah ketumbuhan dan pekak. Mana buktinya? Dia berharap agar orang ramai akan memberikan wang sebanyak itu kepadanya.
“Jangan haraplah,’’ kata seorang lelaki yang kebetulan berada di situ. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments