Wednesday, 10 May 2017

Maut Dirempuh, Digilis Treler Ketika Tukar Tayar


MALANG nasib seorang lelaki apabila dia dirempuh oleh sebuah treler secara tiba-tiba ketika menukar tayar keretanya dalam satu kejadian di Lebuh Raya Pantai Timur2 (LPT2) awal padi Rabu.

Dalam kemalangan kilometer 360.5 Lebuhraya Pantai Timur2 (LPT2), dekat Bukit Besi, Terengganu, kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohd. Zalaini Mohd Shafee, 31, maut di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai buruh operasi syarikat bersama rakannya Mohamad Abdul Azhim Suhairi, 18, dalam perjalanan dari Kuala Terengganu untuk pulang ke Kemaman ketika kejadian berlaku.

Setibanya di tempat kejadian, tayar hadapan kereta mangsa mengalami kerosakan dan ketika sedang menukar tayar terbabit, sebuah treler dari arah yang sama merempuh keretanya.

Akibat rempuhan dramatik tersebut, mangsa dipercayai turut digilis ngeri oleh kenderaan berat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments