Thursday, 16 March 2017

Video MPV Rempuh Motor Di Pandan Indah Viral


MALANG tak berbau… Sebuah video memperlihatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Perodua Alza merempuh sebuah motosikal di persimpangan Pandan Indah kini menjadi sensasi di Internet.

Kejadian dilaporkan berlaku baru-baru ini namun paparan tarikh 1 Januari 2013 adalah disebabkan tarikh kamera di papan pemuka selepas ia ditetapkan semula setiap kali ia dipadam.

Video yang dirakam menerusi dashboard kereta Ng Sin Ji itu menunjukkan penunggang motosikal berkenaan dilanggar kenderaan tersebut sehingga terpelanting hingga ke seberang jalan.

Penunggang dilihat terbaring kaku dan beberapa individu yang prihatin cuba membantunya.

Sin Ji yang dipetik The Star berkata, kedua-dua pemandu tersebut telah melanggar lampu isyarat merah.

“Sukar untuk katakan siapa betul siapa salah kerana kedua-duanya melakukan kesalahan kerana tidak mematuhi lampu isyarat,” kata Sin Ji.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Elias berkata, polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung insiden tersebut.

Pengajarannya, sentiasalah berhati-hati ketika berada di jalan raya dan patuhi lampu isyarat agar insiden sebegini dapat dielakkan. – MYNEWSHUB.CC


    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments