PENEMBAK tepat (sniper) tidak sengaja telah melepaskan satu tembakan sehingga mencederakan dua orang awam ketika Presiden Perancis, Francois Hollande sedang berucap dalam majlis pelancaran kereta api berkuasa tinggi, semalam.
Bunyi tembakan itu jelas kedengaran sehingga menyebabkan Francois terpaksa berhenti seketika daripada memberi ucapan malah beliau juga kelihatan terpinga-pinga dengan insiden yang berlaku.
Kejadian itu dilaporkan berlaku kerana pasukan penembak keselamatan presiden secara tidak secara telah tertarik picu sehingga menyebabkan tembakan berlaku.
Tembakan ‘sesat’ itu telah mengenai seorang pelayan katering dan seorang pegawai yang bertugas mengendalikan majlis tersebut.
Pelayan itu yang cedera di bahagian kaki telah segera dirawat di tempat kejadian. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments