Wednesday, 1 March 2017

Panas! Tunang Hans Isaac Dituduh Curang Oleh Bekas BF


PANAS! Baru semalam aktor Datuk Hans Isaac mengumumkan bakal berkahwin dengan bekas Ratu Pelancongan Malaysia 2011, Aileen Gabriella Robinson atau Gabby.

Namun pada hari ini media sosial digegarkan dengan ‘pengakuan’ terbuka bekas kekasih wanita itu!

Menerusi sebuah status yang dimuat naik oleh lelaki yang dikenali sebagai Robin Coenraad di laman Facebook, Robin meluahkan rasa terkejut dan kecewanya apabila mengetahui kekasihnya sendiri bakal berkahwin dengan lelaki lain menerusi hebahan berita.

“Saya tak sangka saya telah dicurangi selama setahun lebih sehinggalah hari ini. Bekas kekasih saya, sejak semalam, rupanya akan berkahwin dan saya mendapat berita itu melalui media.

“Setelah semua yang saya korbankan dan cuba lakukan untuknya, dia telah menghancurkan hati saya.

“Hanya dua hari lalu kami telah ‘bersama’ dan dialah satu-satunya wanita yang saya sentuh sepanjang kami bersama. Saya sememangnya setia dengannya, Tuhanlah saksi saya.

“Tanpa pengetahuan saya, dia telah mempermainkan saya dan menipu saya semasa menghadiri kelas kitab Injil di gereja. Saya sangka saya sudah pernah melihat kejahatan, tetapi perkara ini amat berbeza daripada apa yang telah saya lalui selama ini.

“Saya tahu jauh di sudut hati ada sesuatu yang tidak kena dan saya mahu dia berterus-terang, beberapa kali namun setiap kali dia menafikannya jadi saya benar-benar sangka dia masih mahukan saya. Saya maafkan dia dan teruskan mencuba.

“Lawatannya ke Singapura rupanya bukan bersama-sama ibunya, dia telah dilamar sebulan yang lalu, semasa kami masih bersama. Aktiviti telefon bimbitnya yang mencurigakan selama ini kini terjawab.

“Kini saya hanya fikirkan adakah lelaki yang melamarnya sebulan lalu tahu kewujudan saya ataupun tidak.

“Ini merupakan kali ketiga bekas kekasih saya berkahwin sejurus selepas menipu saya. Saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan sekarang.”

Status ‘panas’ ini telah dikongsi sebanyak 300 kali setakat ini dan menerima pelbagai komen daripada para netizen.

Hans dan Gabby mengumumkan mereka bakal berkahwin pada 29 Julai depan setelah setahun lebih mengenali hati budi.

Jika benarlah apa yang ditulis oleh Robin ini, kami tidak boleh membayangkan perasaan Hans ketika ini.

Apa-apa pun, kita tunggu sahajalah kenyataan daripada pihak Hans dan tunangnya sendiri sebelum membuat andaian masing-masing.

Dia Sengaja Nak Publisiti, Kesian Sungguh – Hans

SUSULAN status Facebook seorang lelaki, Robin Coenraad yang mendakwa dirinya dipermainkan tunang Datuk Hans Isaac, hari ini menerusi satu muat naik di laman Instagram, pelakon dan pengarah itu menjawab tuduhan yang dilemparkan lelaki tersebut terhadap tunangnya, bekas Ratu Cantik Pelancongan, Aileen Gabriella Robinson atau nama manjanya Gabby.

Menerusi posting itu, Hans berkata, “Agak dukacita apabila ada orang yang tidak boleh menghormati hari bahagia buat Gabby dan saya, seseorang itu tergamak berbuat demikian bila mana hubungan yang sudah diputuskan setahun lalu diwar-warkan menerusi laman sosial dalam usaha untuk menjatuhkan reputasi orang lain.”

“Benda ini memang saya tak jangkakan langsung akan berlaku. Lelaki ini (Robin) mungkin tiada benda yang dia nak buat jadi dia mula menggunakan medium media sosial untuk meraih perhatian.

“Merosakkan nama baik insan yang saya sayangi, memang saya tak jangkakan perkara ini. Apa yang boleh saya katakan, saya cukup kasihan dengan lelaki tersebut,” tulisnya sebagai mengulas status kontroversi yang ditulis Robin.

Robin mendakwa dia dipermainkan Gabby kerana sepanjang berhubungan dengan Hans, Gabby masih lagi bergelar teman wanitanya.

Malah Robin turut mendakwa sempat ‘bersama’ dengan wanita tersebut beberapa hari sebelum majlis sidang akhbar itu diadakan semalam.

Hans dan Gabby mendedahkan mereka mula berpacaran sejak setahun lalu.

Very unfortunate that some guys can’t respect others on such a happy day for gabby and me. When one has ended a relationship years ago and to damage the reputation for other on social media. When it’s also a day that important to gabby and me , is uncalled for . This guy has probably nothing going on for him that he need to seek the attention on social media . Damaging the good name of the person I love is uncalled for. All I can say is that I feel sorry for this guy . He need a life . Kesian . Anyway I’m getting married guys 😁😬😬😬😬😬😬be happy for gabby and me . Salam Sayang to all who support us and are spreading good vibes . We only want happiness and love with everyone around us . We shared yesterday announcement as we appreciated what all my fans and supporters have down for me the past many years . Thank u semua . Love u all for ever .
A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on 
Dalam muat naik itu juga, Hans juga sempat menitipkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang selama ini menyokong kerjaya seninya.

Hans dan Gabby semalam mengadakan majlis sidang media mendedahkan tarikh perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada 29 Julai depan di gereja St. John’s Cathedral, Kuala Lumpur.

Pasangan ini bertunang pada 29 Januari lalu ketika bercuti di Singapura. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments