Thursday, 9 March 2017

Remaja 14 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 6


JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam di kawasan tempat letak kereta di sebuah pusat membeli belah di Skudai, di sini.

Mangsa yang dikenali sebagai Liaw Mei Lin ditemui orang ramai kira-kira jam 11 pagi semalam.

Ibu mangsa yang bekerja sebagai pendandan rambut berusia 42 tahun berkata, anaknya keluar pada pagi hari kejadian untuk membeli kanta lekap di pusat membeli belah berkenaan.

“Saya bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan oleh salah seorang rakan anak saya.

“Saya melihat sendiri muka anak saya dipenuhi darah,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang tidak bersekolah itu bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran berdekatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, mangsa maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam pusat membeli belah.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments