Friday, 17 March 2017

Meteorologi Nafi Malaysia Dilanda Fenomena Ekuinoks


KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (Meteorologi) menafikan Malaysia sedang dilanda Fenomena Ekuinoks yang mengakibatkan cuaca panas dan kering.

Meteorologi dalam satu kenyataan media berkata, maklumat yang disebarkan oleh orang ramai di media sosial tersebut tidak benar.

“Fenomena Ekuinoks merupakan fenomena astronomi yang berlaku dua kali setahun iaitu pada 20 Mac dan 23 September apabila matahari melintasi khatulistiwa.

“Dalam tempoh tersebut kedudukan matahari adalah tegak di atas kepala di rantau Khatulistiwa. Memandangkan negara terletak berhampiran khatulistiwa, terdapat sedikit kenaikan suhu harian dalam tempoh tersebut sekiranya tiada liputan awan,” jelas kenyataan itu hari ini.

Meteorologi berkata, bagaimanapun kenaikan suhu di Malaysia dijangka tidak menyebabkan gelombang haba seperti mana yang disebarkan.

Justeru, orang ramai dari semasa ke semasa dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat sahih dari laman web Meteorologi Malaysia www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, facebook: malaysiamet, twitter: @malaysianmet atau MetMalaysia Hotline di talian 1 300 22 1MET (1638). - MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments