SESIAPA yang mengikut perkembangan pelakon Mawar Rashid, mesti perasan heroin drama Suamiku Paling Sweet ini sering memuat naik gambarnya bersama adik Datuk Fazley Yaakob, iaitu Raf.
Tidak sekadar memuat naik gambar bersama, kapsyen yang digunakan mereka berdua beserta penggunaan #MawaRaf di laman sosial seakan memberi bayangan mereka sedang hangat dilamun cinta.
Menjawab gosip percintaan itu, Mawar akui Raf yang juga merupakan ahli perniagaan itu merupakan lelaki paling rapat dengannya buat masa ini.
“Hubungan saya dan Rafi masih lagi baru dan kami mulai saling mengenali apabila diperkenalkan rakan saya, Emma Maembong beberapa bulan lalu.
“Alhamdulillah, setakat ini apa yang boleh saya katakan, kami masih lagi dalam fasa berkawan dan sedang mengenali hati budi masing-masing.
“Cuma itulah, dalam tempoh ini, ia berjalan dengan baik dan hubungan kami kian rapat.
“Apapun, fokus utama saya kini adalah untuk kerjaya. Soal cinta itu, saya tidak mencari tetapi hati ini tidak menolak andai ditemukan dengan lelaki yang serasi,”katanya kepada Media Hiburan.
Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal, 32, merupakan seorang duda anak dua. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments