HUBUNGAN pasangan sensasi, Orlando Bloom dan Katy Perry dikhabarkan putus di tengah jalan setelah hampir setahun berpacaran.
Menurut wakil jurucakap kedua-dua selebriti popular itu, mereka berpisah secara baik.
Pengumuman mengenai perpisahan mereka itu berlaku dua hari selepas kedua-duanya dilihat bergambar bersama ketika menghadiri majlis post party Anugerah Oscar anjuran majalah Vanity Fair, Ahad lalu.
A-list couple itu mula bercinta sejak 10 bulan lalu selepas dilihat mesra bersama sewaktu menghadiri Anugerah Golden Globe.
Khabar angin mendakwa perpisahan mereka disebabkan Orlando yang enggan terikat dengan komitmen perkahwinan dalam jangka masa terdekat.
Masing-masing pernah mengalami kegagalan dalam perkahwinan sebelum ini, Katy pernah berkahwin dengan pelakon dan pelawak British, Russell Brand pada Oktober 2010 sebelum berpisah dua tahun kemudian.
Orlando pula pernah mendirikan rumah tangga dengan supermodel kelahiran Australia, Miranda Kerr pada Julai 2010 dan bercerai pada 25 Oktober 2013.
Hasil perkahwinan, Orlando mempunyai seorang anak lelaki, Flynn Christopher Bloom yang berusia 6 tahun. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments