Wednesday, 15 March 2017

Guru ditangkap dua kali, layan syabu di tanah kubur


LAWAS: Bukan sekali, tetapi dua kali dicekup dan kali ini, bersembunyi di tanah perkuburan.

Itu gelagat seorang guru yang hilang pertimbangan kerana telah dipengaruhi gian dadah.

Guru terbabit dan seorang lagi lelaki lain diserbu pasukan siasatan jenayah narkotik IPD Lawas di tanah perkuburan Kampung Bangkiyai, Sundar dekat sini ketika asyik menikmati dadah jenis syabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, suspek ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pemeriksaan lanjut pada badan suspek menemui empat keratan straw bewarna merah jambu, 1 keratan straw berwarna hijau muda,1 keratan straw berwarna merah.

“Kesemuanya berbentuk hablur kristal dipercayai dadah jenis syabu yang disimpan di dalam kotak rokok bewarna putih yang bertulis L.A. seberat 3.4 gram,” katanya lagi.

Pada masa yang sama ujarnya, pasukan ini turut menjerat tiga individu lain termasuk seorang wanita kerana positif dadah jenis ampethamine.

“Wanita berusia 22 tahun itu ditahan di daerah kecil Sundar dan ditahan di bawah Sek 15(1)(a) akta yang sama.

“Dua lagi lelaki atas kesalahan yang sama ditahan di tebing jeti kubur Kampung Aru dan Kampung Luagan Sundar.

Abang Zainal Abidin berkata, pihaknya komited untuk membersihkan Lawas dari najis dadah dan berterima kasih kepada Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Daerah,
Asisten Superintendan Jason Baya, yang mengetuai sendiri operasi khas tersebut. – Sarawakvoice

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments