Tuesday, 14 March 2017

Dituduh Curi, Wanita India Nekad Bogel Bukti Tak Salah


GARA-GARA dituduh mencuri, seorang wanita India nekad membogelkan diri bagi membuktikan dirinya sebagai tidak bersalah.

Menerusi sebuah klip video yang dimuat naik oleh Wartawan Jalanan menerusi laman Facebook pada 12 Mac lalu, kejadian itu berlaku di sebuah pasar basah yang tidak dinyatakan lokasinya.

Di dalam klip berdurasi tiga minit lebih itu, seorang wanita berbangsa India yang tidak diketahui identitinya hanya bercoli dan skirt merayu untuk dilepaskan sambil menegaskan bahawa dia tidak mencuri.

Pun begitu, beberapa wanita dan lelaki warga Cina dilihat enggas melepaskannya lalu mangsa memberi alasan untuk kencing dan cuba berlalu dari situ namun ditahan.

Oleh kerana helah yang digunakan tidak berjaya mangsa bertindak membuka skirt hingga mendedahkan seluar pendek hitam yang dipakainya.


Malah kedengaran dua lelaki Cina di situ meminta mangsa mengeluarkan kad pengenalannya namun wanita itu tidak melakukannya malah cuba untuk melepaskan diri sekali lagi.

Tidak dapat dipastikan bagaimana kesudahan nasib wanita itu sama ada dihadapkan ke pihak berkuasa ataupun tidak.

Pun begitu, rata-rata netizen yang menonton video tersebut berasa kasihan dengan mangsa dan beranggapan dia sepatutnya tidak diperlakukan sedemikian rupa.

“Kesian..kesian…x nampak ke dia sendri buka skirt bagi nampak dia kesian kena aniaya… dia sendiri nak lari kalau betul x salah x payah teriak2 kot tunggu polis settle ne terang2 teriak2.

“Tarik perhatian…x kena batang hidung sendri boleh cakap ar kesian kan…orang tu x pukul apa pun kira baik da tu… tolong belikan dia barang2 dapur untuk dia makan kesian pula,” tulis Aiden Zil.

“Takat dia nak ambil makanan tu tak payah lah marah sampai ada yang tolak kepala dia. Jangan sampai macam tu sekali,” kata Fatin Rose pula.

“X payah la viralkan. Kesian dia. Halalkan jela apa dia curi tu. Makanan je kan? Ape la sangat,” tulis Sakinah Suyuto. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments