SUSPEK dilihat berjalan sambil memegang pisau pemotong daging sebelum menyerang rakan sebiliknya
Wenzhou, China: Seorang lelaki bertindak menetak rakan sebiliknya dengan pisau pemotong daging hingga cedera parah selepas bertengkar mengenai masalah berdengkur yang dihadapi mereka.
Kejadian yang berlaku di sebuah asrama pekerja di Wenzhou di wilayah Zhejiang pada Jumaat lalu itu menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan perut.
Media melaporkan, kedua-dua lelaki itu mempunyai masalah berdengkur yang kuat sehingga mengganggu tidur teman sebilik mereka.
Bagi mengatasi masalah itu syarikat tempat lelaki itu bekerja menempatkan mereka di satu bilik di asrama pekerja berkenaan.
Bagaimanapun, masalah baru pula muncul apabila dua lelaki terbabit sukar tidur kerana terganggu dengan dengkuran masing-masing. – Agensi/HMetro
No comments:
Write comments