Misteri seorang budak perempuan berusia 10 tahun, setiap kali balik dari sekolah selalu membawa jumlah wang yang cukup banyak ke rumah akhirnya terbongkar.
Hal itu di ungkap oleh ibu budak berkenan yang mendakwa anaknya itu terlibat dalam pelecehan seksual yang dilakukan oleh tiga orang lelaki dewasa.
Ibu mangsa berkata ia memberikan bekal kepada anaknya tiap hari ketika berangkat kesekolah, akan tetapi setiap kali balik sekolah, anaknya itu akan membawa uang dengan jumlah sepuluh kali lipat dari jumlah yang ia berikan.
Bagaimana pun hal itu terbongkar selepas beliau mengugut anaknya untuk bercerita dan mengaku uang itu dia dapati dari tiga orang lelaki yang merupakan warga desa sama.
Katanya ketiga lelaki terbabit memberikan uang selepas melakukan seks dengan mangsa. Lebih memilukan apabila tiga suspek masih memiliki hubungan keluarga dengan mangsa.
Sebelumnya mangsa pernah dikatakan demam teruk dan mengadu sakit di bagian kemaluan, namun hal itu kembali normal dan tidak menimbulkan syakwasangka ibu mangsa.
Bagaimana pun ketiga suspek berjaya ditahan selepas ibu mangsa membuat repot polis semalam. - eBerita
Nota: nama dan lokasi kejadian dirahsiakan atas permintaan ahli keluarga.
No comments:
Write comments