Tuesday, 14 March 2017

Anak Malaysia Tukar Padang Pasir Jadi Ladang Gandum


TUMPANG bangga kami membaca kisah inspirasi mengenai seorang anak Malaysia yang berjaya di Sudan ini.

Kehebatan jurutera yang merupakan bekas mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini membuktikan graduan keluaran universiti tempatan tidak kurang hebatnya.

Kisah lelaki bernama Tuan Haji Zuraimi Isa ini diceritakan oleh Masnira Ramli melalui laman Facebooknya.

“Dari padang pasir yang tandus bertukar ke ladang gandum yang subur!”

Ini adalah projek wakaf Al Rajhi Group di Sudan. Kendalian jurutera Malaysia.

Siapa sangka projek WAKAF yang bakal menyumbangkan 80% hasil keuntungannya kepada negara-negara miskin di seluruh dunia ini mempercayai seorang jurutera Malaysia, Tuan Haji Zuraimi Isa sebagai Ketua Jabatan – Perkhidmatan Pengurusan Air yang terlibat dalam pembinaan rumah pam, pam pengairan, pembinaan terusan dan pivots.

Beliau ternyata sangat hebat mashaALLAH di dalam bidang kejuruteraan mekanikal apabila kepakarannya sudah dipercayai oleh 7 buah negara sepanjang 19 tahun beliau bertugas.

Namun projek ini lebih memberikan kepuasan lahiriah dan juga rohani apabila khabarnya ia merupakan projek wakaf, kepuasannya berbeza daripada projek mega lain yang pernah beliau terlibat.

Apa yang berjaya membuatkan saya terlalu kagum adalah projek ini berjaya menukar sebuah padang pasir yang tandus di negara panas Sudan menjadi sebuah ladang gandum yang sangat subur dengan kepakaran teknologi kejuruteraan yang digunakan. Hebat mashaALLAH!

Bercerita tentang cabaran. Menurut beliau cabaran terbesar yang terpaksa di lalui adalah dalam mendapatkan alat ganti.

Kebanyakan projek wakaf ini berada di pedalaman padang pasir. Jarak terdekat dengan bandar utama adalah 400km.

Jadi beliau banyak melakukan modifikasi untuk menyiapkan sesuatu projek berdasarkan apa material yang terdapat di tapak projek.

Semoga projek ini akan terus berkembang dan melibatkan banyak negara lain khususnya kepada negara-negara miskin di benua Afrika. Amin.

Jurutera hebat. Anak kelahiran negeri Kelantan, Tuan Haji Zuraimi Isa adalah keluaran universiti tempatan. Universiti Teknologi MARA. Syabas Tuan. Semoga terus memberikan insprasi kepada anak-anak muda yang meminati bidang kejuruteraan mekanikal.

Nasihat Tuan Hj. Zuraimi Isa untuk generasi akan datang.

Prinsip utama adalah kejujuran dan ikhlas. Jujur dalam bekerja, jujur dalam berkawan dan juga jujur dalam kehidupan. Bila kita jujur dalam bekerja, tidak menipu walaupun kadang-kadang kita di pihak yang sedikit, ALLAH swt akan bukakan jalan untuk kita.

Sepanjang dalam kerjaya saya, saya tidak pernah meminta untuk dinaikkan pangkat atau dinaikkan gaji.

Tetapi dengan kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan kerja, kenaikan pangkat dan gaji itu datang sendiri.

Saya tidak pandai membodek, dan saya terkenal di kalangan rakan sekerja sebagai seorang yang tegas dan garang. Tetapi itulah resepi saya dalam menyiapkan setiap tugasan yang diberikan.

Kadang-kadang saya juga meragui kemampuan saya sendiri, tetapi saya tidak pernah berundur. Saya sahut cabaran itu dan buktikan saya mampu lakukan!

Bukan senang untuk membina keyakinan orang asing terhadap kita sebagai orang Asia. Tetapi, Alhamdulillah kebanyakan warga asing sama ada dari Eropah atau benua lain amat menghormati saya. – MYNEWSHUB.CC





    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments