INI bukan lagi kes cemburu buta tetapi lebih kepada sakit mental. Bayangkan kerana terlalu cemburu dengan kekasihnya, seorang lelaki, sanggup memotong kulit kepala wanita itu dengan pisau dan kemudian mengarahkan anjingnya menyerang mangsa.
Lelaki kejam itu, Zachary Gross, 31, dari Kentucky sebelum itu telah memukul mangsa, Marilyn Stanley.
Lebih kejam, dia sanggup membalut kulit kepala yang dipotong itu lalu dimasukkan ke dalam beg plastik dan dihantar ke rumah ibu Marilyn.
Sementara anjingnya pula telah dibiarkan mengunyah sebelah telinga Marilyn yang turut mengalami patah hidung manakala matanya pula bengkak sebesar saiz bola besbol.
Selepas melakukan perbuatan kejam itu, Zachary memberitahu teman wanitanya, “kau dah botak sekarang, tiada siapa nakkan kau lagi.”
Marilyn yang mempunyai seorang anak, terpaksa dikejarkan Pusat Perubatan Cincinnati di mana doktor mendapati 80 peratus daripada kulit kepalanya telah dipotong.
Zachary didakwa berbuat demikian selepas melihat gambar Marilyn dan anaknya di sebuah taman, yang dimuatnaik oleh seorang lelaki dalam Facebook.
Akhirnya kes yang berlaku pada 2015 itu mendapat pembelaan apabila mahkamah mendapati Zachary bersalah dan dia berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun.
Dia cuba mengelak diri ketika perbicaraan dengan peguam Zachary memberitahu mahkamah bahawa Marilyn yang mengeluarkan pisau dalam pertengkaran mereka dan cuba mengalihkan kesalahan berkenaan kepada Marilyn serta anjing tersebut.
Namun pakar bedah yang memberikan keterangan memberitahu berdasarkan kecederaan yang dialami di kepala Marilyn, ia menunjukkan kecederaan dengan penggunaan pisau. – mynewshub
No comments:
Write comments