Menjelajah dan mengembara ke negara-negara lain merupakan satu kenangan yang menakjubkan. Kita dapat lihat perspektif dunia yang berbeza dan mempelajari budaya negara orang. Ke mana-mana sahaja anda pergi, anda pasti terjumpa dengan kumpulan muzik jalanan ataupun buskers. Sekiranya anda melawat ke Peru, pastikan anda melihat persembahan mini orkestra daripada seorang pemuzik.
Seorang pemuzik mempersembahkan sebuah orkestra? Biar betul?
Pemuzik dari Peru, Cusco Orchestra, ini ternyata unik dan menghiburkan. Walaupun seorang diri dan ditemani dua anak patung, beliau dapat membuat persembahan seperti sebuah orkestra. Alunan dan gabungan pelbagai alat muzik menghasilkan satu persembahan yang sangat menakjubkan.
Beliau bermain muziknya sambil mengendalikan anak-anak patungnya. Anak patung yang dibawanya merupakan penari. Jejaka hebat ini mampu memainkan pelbagai alatan muzik dalam satu masa seperti gitar, dram, dan sejenis alatan muzik seperti seruling. Persembahannya yang mantap pasti membuat sesiapa sahaja terpukau.
Bukan mudah melakukan persembahan seperti ini. Pujian perlu diberikan kepada beliau. Beliau juga sudah tentu mendapat banyak tip daripada orang yang lalu-lalang.
Tunggu apa lagi? Mari berhibur bersama Cusco Orchestra. - Era Baru
No comments:
Write comments