Showing posts with label Mystery. Show all posts
Showing posts with label Mystery. Show all posts

Sunday, 12 November 2017

Lubang Misteri 4 Meter Ditebuk Cahaya Jam 2 Pagi?


KOTA KINABALU – Penduduk Kampung Rampai, Sikuati, Kudat dekat sini gempar menemui lubang misteri di atas jalan didakwa berlaku selepas kejadian aneh cahaya terang menjunam dari langit.

Seorang saksi kejadian pelik tersebut, John Ukong, 47, mendakwa melihat cahaya putih di udara kira-kira jam 2 pagi sebelum sinaran terang berkenaan condong ke bawah namun dia pula tidak mengesyaki apa-apa perkara buruk.

Wednesday, 8 November 2017

Pemuda Dakwa Berasal Dari Planet Marikh


SEORANG remaja mendakwa dia dilahirkan di planet marikh dan dihantar ke bumi untuk menyelamatkan manusia daripada kemusnahan akibat perang nuklear.

Boriska Kipriyanovich, dari Volgograd, Rusia mendakwa dia menetap di planet merah itu sebelum dilahirkan di bumi bersama beberapa orang lain dalam misi menyelamatkan manusia.

Dia mendakwa berdepan perkara sama di Marikh akibat konflik nuklear sejak beribu-ribu tahun lalu dan kini bimbang bumi juga sedang menuju kehancuran yang sama.

Friday, 25 August 2017

Inilah Gadis Sebenar Di Sebalik Watak Emily Rose


INILAH wajah gadis berusia 23 tahun, Anneliese Michel dari Jerman yang dirasuk oleh syaitan pada era tahun 70-an dan kejadian yang menimpanya itu menjadi cetusan kepada pembikinan filem The Exorcism of Emily Rose, pada 2005.

Anneliese dilahirkan pada 1952 dan kisah hidupnya itu dikatakan lebih teruk daripada apa yang ditayangkan dalam filem terbabit.

Dia dikatakan mengalami halusinasi, menjilat air kencingnya di lantai serta makan arang dan serangga.

Thursday, 24 August 2017

Viral! Langsuir Tumpang Tengok Perlawanan Bola


TULAR sejak semalam satu video yang telah dikongsi oleh netizen sehingga menarik perhatian orang ramai.

Video tersebut menjadi tular berikutan ternampak kelibat makhluk halus di bumbung stadium ketika orang ramai sibuk memasuki stadium.

Video berdurasi kurang dari satu minit itu memaparkan kelibat berwarna hitam yang dilihat seolah-olah sedang elok bertenggek di atas bumbung stadium ketika perlawanan Malaysia bertemu Laos, semalam.

Wednesday, 23 August 2017

Asal jam 1.30 pagi, makhluk ini mesti ada depan rumah'


TEMERLOH, PAHANG - Viral video dan gambar yang menunjukkan kelibat satu makhluk berwarna putih dipercayai pocong, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Video dan gambar yang dimuat naik oleh Ahmad Zaki itu sejak jam 1.20 pagi tadi, telah ditonton 836,304 kali dan dikongsi 11,115 netizen. 

Menurut Ahmad, itu bukan kali pertama mahkluk terbabit muncul di luar tingkap ruang tamu rumahnya dan difahamkan seringkali muncul pada waktu dan jam yang sama.

Monday, 7 August 2017

Anak Patung Puaka Mengganas Lagi, Cakar Tuan


ANAK patung `puaka’ yang menghantui pemiliknya sebelum ini, kini kembali `menyerang’. Anak patung itu dikatakan menghantui pemilik barunya selepas ia dibeli dari eBay.

Patung puaka itu dikatakan menyebabkan alat penggera api berbunyi manakala rantai di lehernya beralih dengan sendiri. Pemilik lamanya, Debbie Merrick turut mengalami calar di tangan.

Thursday, 3 August 2017

Penampakan Makhluk Halus Muncul Di Stesen MRT?


BARU-BARU ini kita digemparkan dengan kisah Annabelle yang telah ‘muncul’ di salah sebuah stesen Transit Aliran (MRT) sebagai penjaga stesen berkenaan.

Kemunculan patung berkenaan kononnya sebagai ‘pemerhati’ kepada pengguna MRT agar tidak membuat hal. Ini berikutan baru-baru ini stesen berkenaan menjadi mangsa vandalisme dan tindakan tidak bertanggungjawab pengguna.

Terbaru, muncul pula makhluk ‘penjaga’ di stesen berkenaan. Beberapa gambar kelibat lembaga putih berbungkus telah menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Monday, 26 June 2017

Ada hantu budak panjat katil, tidur di sebelah bayinya!


DEVON: Sebastian Evans, bayi berusia 18 bulan tidur di dalam katil bayi.

Ketika ibunya Laura Haigh, 39, dan Dean Evans, 42, memantau anak mereka melalui monitor kamera pemantau bulan lalu, mereka terlihat satu lembaga menyerupai bayi lain cuba memanjat katil dan tidur di sebelah Sebastian di rumah mereka di Plymouth, Devon, England.

Memerhati rakaman di monitor, pasangan terbabit menyedari terdapat objek seperti bayang-bayang mirip bayi lain berbaring di sebelahnya yang disangka mereka patung beruang berada di dalam katil bayi di sebelah Sebastian.

Monday, 12 June 2017

Gempar.. Jupe Muncul Dalam Sidang Media Dewi Persik?


SABTU lalu industri hiburan Indonesia dikejutkan dengan kematian pelakon dan penyanyi dangdut Julia Perez.

Julia atau lebih dikenali dengan nama glamor Jupe meninggal dunia akibat sakit kanser serviks tahap empat yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu.

Namun media tempatan dikejutkan dengan kelibat sosok Allahyarhamah Jupe dalam sesi sidang media yang melibatkan pelakon seksi Dewi Persik semalam.

Kisah Seram Apartment Country Height Bukit Padang


Assalamualaikum, di sini aku ingin berkongsi cerita seram yang pernah terjadi kepada diri aku. Sebelum terjadinya peristiwa itu, aku dulunya memang tidak percaya akan kewujudan makhluk-makhluk halus atau hantu. Disebabkan itu, jika ada kawan-kawan yang bercerita pasal hantu ketika kami keluar melepak bersama-sama, aku akan rasa ‘annoying’. Aku anggap benda-benda itu semua adalah perkara karut, cuma rekaan atau ilusi seseorang saja. Sehinggalah pada satu masa ia terkena pada diri aku sendiri.

Thursday, 8 June 2017

Kisah Hantu Naik Uber Kena Caj 85 Sen Di P.Pinang


SEORANG pemandu Uber terpaksa berhadapan dengan situasi menyeramkan apabila menerima panggilan daripada pelanggan pada pukul 12.17 tengah malam baru-baru ini.

Melalui perkongsian di laman Facebook, pemandu Uber ini dihubungi untuk mengambil seorang pelanggan di Mount Erksine, Pulau Pinang di satu lokasi yang tidak diketahui.

Berpandukan peta pada aplikasi Uber, pemandu tersebut menerima permintaan daripada nama Joi dan bergerak ke tempat yang ditandakan pada peta.

Wednesday, 24 May 2017

Zakar Perogol Bersiri Kejam ‘Tegang’ Ketika Dimandi


JAKARTA – Saat tiba dengan menggunakan ambulans kira-kira jam 8 malam, jenazah Iqbal atau juga disebut Kolor Ijo langsung membuat pihak Hospital Bhayangkara Makassar bermuka masam.

Usahkan mahu menyentuh, melihat sahaja pun tiada seorang petugas hospital yang berani. Jenazah namun akhirnya dibawa masuk oleh tiga orang petugas di situ dengan perasaan cukup berat demi tugas diamanahkan.

Ketika dimandikan, seorang petugas pengurusan mayat berkata, tiga rakannya seolah-olah enggan melakukan tugas, bahkan semasa memandikan jenazah, mereka cuma sembur air seperti aksi menyiram pokok bunga di taman.

Sunday, 21 May 2017

'Mana datang kain putih tu?'


Orang tua-tua dulu selalu berpesan, jangan bergurau bila berada di hutan atau tempat-tempat yang kita tidak tahu sama ada tempat itu keras dan sebagainya. Kerana bimbang dek keceluparan mulut itu akan membinasakan diri. 

Ceritanya, tiga sahabat ini dalam perjalanan ke destinasi mereka melalui Lebuhraya Kesas pada waktu malam semalam, 'ternampak' sesuatu yang tidak sepatutnya.

House of Cat terpaksa ditutup kerana disihir


Dari Facebook House Of Cat

PERNIAGAAN, SIHIR & SEBUAH PENGAJARAN

Assalamualaikum whbt pelanggan yang bakal dirindui.

SEKADAR PERKONGSIAN

Kami terpanggil untuk berkongsi pengalaman berhadapan dengan sihir dan ilmu hitam sewaktu menjalankan perniagaan. Demi Allah, perkongsian ini bukanlah untuk meraih simpati mana-mana pihak. Namun hanya sekadar untuk menjawab pertanyaan pelanggan dan berkongsi pengalaman. Mudah-mudahan ia jadi pengajaran buat kita semua.

Saturday, 20 May 2017

Gambar Wanita Dicucuk 8 Batang Jarum Ditemui Dalam Hutan


Seorang pengguna Facebook memuat naik gambar penemuan sehelai pakaian dan gambar seorang perempuan bertudung, di mana terdapat 8 jarum yang dicucuk di bahagian muka dan kemaluan dipercayai untuk tujuan ilmu hitam. 


Wednesday, 17 May 2017

Pontianak Muncul Di Gereja Tetapi Malang Diketawakan


ISLAMABAD – Heboh dalam kalangan netizen Pakistan apabila satu lembaga seram menyerupai pontianak muncul secara tiba-tiba ‘lepak santai’ di atas bumbung sebuah gereja di Hyderabad.

Insiden paranormal itu turut menarik perhatian pelbagai pihak apabila entiti hantu tersebut dengan rambut panjang dan gaun berwarna putih dirakamkan jelas ‘bertenggek’ di atap bangunan ibadat penganut Kristian berkenaan.

Di Pakistan, makhluk berwajah ngeri itu disebut sebagai churail, malahan sebagaimana kuntilanak di Indonesia atau pontianak di Malaysia, lembaga tersebut merupakan jelmaan wanita hamil mati yang muncul untuk balas dendam.

Friday, 12 May 2017

Misteri Penemuan Bangkai Gergasi Di Pantai


MASYARAKAT setempat gempar dengan penemuan satu bangkai haiwan gergasi yang terdampar di Pantai Hulung, Pulau Hatta, Maluku, Indonesia.

Bangkai berkenaan ditemui oleh sekumpulan penduduk setempat yang sedang menangkap ikan di pesisir pantai berkenaan.

Namun dari segi bentuk fizikalnya, agak sukar untuk memastikan apakah spesis sebenar bangkai haiwan berkenaan.

Wednesday, 10 May 2017

Video: Seram… Kelibat Hantu Dirakam Di Bukit Tunku


PENGALAMAN seram sejuk berjumpa dengan hantu memang menyeramkan, apatah lagi jika kisah tersebut dilalui secara bersendirian tanpa berteman.

Begitulah nasib seorang pengguna Facebook yang baru-baru ini terserempak dengan satu kelibat lembaga manusia dipercayai hantu ketika sedang memandu pada waktu malam.

Menurut mangsa, Aswan Yap, dia sedang memandu sambil ditemani seorang rakannya terserempak ‘makhluk’ itu sewaktu melalui kawasan di antara Taman Tasik Perdana dan Bukit Tunku sekitar 9.30 malam.

Monday, 17 April 2017

Muka patung sihir itu berubah selepas 2 hari..


BINTULU, SARAWAK - "Gambar pertama dirakam pada 15 April. Gambar kedua pula dirakam pada 17 April. Bezanya dua hari sahaja, patung yang digunakan untuk menyihir mangsanya berubah serta-merta," demikian tulis Mualij Islam di Facebooknya. 

Lapor Utusan Borneo Online, seorang lelaki Melayu berasal dari Sabah ditahan kerana disyaki menjalankan amalan khurafat dan tahyul dalam serbuan yang dilakukan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah rumah tumpangan semalam.

Monday, 10 April 2017

Pintu Kaca Balai Polis Buka Sendiri Cetus Misteri


MELAKA – Kejadian aneh apabila sebuah pintu kaca di Balai Polis Banda Hilir di sini yang terbuka sendiri sebagaimana dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mencetuskan misteri.

Media tempatan melaporkan, rakaman video selama 73 saat yang menjadi tular di media sosial sejak Jumaat itu menunjukkan dua bahagian pintu kaca di balai polis berkenaan terbuka sendiri, sebelum satu daripadanya pecah.