Saturday 21 January 2017

Pelajar Rakam, Sebar Video Aibkan Guru Perempuan

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Polis mengenal pasti lima pelajar tingkatan tiga di sekolah menengah di ibu negara yang bertindak merakam dan menyebarkan video bahagian dalam kain baju kurung seorang guru wanita, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata video itu dirakam menggunakan telefon bimbit pada 8.30 pagi ketika guru bahasa Inggeris berkenaan sedang membalut meja pelajar di dalam kelas.

"Rakaman video berdurasi tujuh saat itu tular dalam kalangan pelajar tingkatan tiga di sekolah tersebut dan guru itu hanya mengetahui perkara tersebut setelah dimaklumkan oleh guru displin yang membuat pemeriksaan Rabu lepas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. - Bernama

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments