Tuesday, 24 January 2017

30 Sumandak layak ke pusingan akhir Miss Ambassador Sabah 2017

KOTA KINABALU: Seramai 30 orang ‘sumandak’ telah berjaya mara ke pusingan akhir bagi merebut gelaran juara Miss Ambassador Sabah 2017 yang akan berlansung pada bulan Mac ini. 

Antara perserta yang mara ke peringkat akhir adalah, Alen, Alverrie Ng Ting Yee, Ammy Ermawati, Anggelia Destiyami, Coco, Dewi Natasha, Dg Rozila Ag Rozman, Edna Edward, Elourna Vivi Jemolin, Esmeralda Bijius, Esticaevita Janim, Eva Vanessa, Harbiah Arman, Helmieh Sabinus, Herni Frederick, Isabella Clarance Lansing, Ivy Charlote Fredoline, Jessica Stephen, Laveevnia Selvarajo, Lora Bidin, Marvena Jitol, Nersha Yap, Nur Ain, Nurul @ No Yee Robert, Porche De Anggle, Sahsa, Samantha Laujang, Shaqeena Neevana, Vanessa Kimberly dan Viezyeci Hebron.

Penyertaan kali kedua penganjuran pertandingan ini mencatatkan jumlah tertinggi iaitu hampir 100 orang namun setelah dipilih hanya 43 orang yang berjaya untuk ke separuh akhir. 

Terdahulu seramai 43 orang peserta yang terpilih berkenaan telah mempamerkan keanggunan masing-masing dengan menggayakan pakaian tradisi masyarakat di Sabah dan turut diuji dengan sesi soal jawab yang berlangsung di Hotel Klagan Regency 1Borneo pada sabtu lepas. 

Sementara itu menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah Normala Rasick, penganjuran program seumpama ini merupakan satu platfrom yang amat bermakna bagi mengetengahkan kebudayaan masyarakat majmuk di negeri ini. 

“Saya amat menyokong dan akan terus memberikan sokongan penganjuran program seumpama ini kerana ia bukan sahaja menjadi wadah untuk mengetengahkan kebudayaan masyarkat kita malah turut menjadi platfrom untuk mencungkil bakat anak-anak muda.” 

“Saya berharap agar program ini akan diteruskan di masa akan datang dan terus menjadi platfrom anak-anak muda untuk mengasah bakat mereka,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena program berkenaan. - Oleh Leolerry Lajius / SayangSabah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments