Monday 23 January 2017

Lelaki mati ketika cuba tangkap ular sawa

Pekanbaru (Indonesia): Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibelit seekor ular sawa sepanjang enam meter yang cuba ditangkapnya. 

Media Indonesia melaporkan, mayat Wahyu, 22, ditemui di tepi jalan di Desa Payarumbai, daerah Inderagiri Hulu dekat sini malam Khamis lalu.

Ketika ditemui terdapat beberapa kesan lebam pada mayat lelaki itu, dipercayai kesan dibelit ular sawa. Seekor ular sawa sepanjang enam meter kemudian ditemui di dalam longkang berhampiran lokasi mayat Wahyu ditemui. 

Seorang penduduk, Triyatno memberitahu, Wahyu memang dikenali sering menangkap ular di kampung itu. - Sayang Sabah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments