Khusus pada golongan lelaki di luar sana, adakah kamu tahu perbezaan pomade dengan gel rambut lain? Atau kamu pakai ikut trend atau kawan-kawan suruh beli? Hari ini admin nak bagi tahu sikit apa itu pomade dan kelebihan yang ada di dalamnya.
Seperti kita tahu, lelaki tidak lekang kalau tidak mengayakan rambut dia orang ni. Ada yang buat spiky-lah, ada yang buat Tapper, Slick Back, Pompador dan berbagai gaya lagi. Pernah tak kamu terfikir Pomade ini datang dari mana dan apa kelebihan dia? Padahal kita boleh tengok banyak minyak rambut yang sedia ada ketika ini. Sebut sahaja jenama apa, gatsby, Dashing, Wax, Spray dan macam-macam lagi.
Apa itu pomade?
Pomade adalah sejenis minyak rambut yang diperbuat daripada zat minyak atau lilin yang digunakan untuk pengayaan rambut. Pomade membuat rambut kamu lebih licin dan kilat. Nampak seperti basah tetapi tidak. Ia memberi ketahanan kepada rambut ketika kamu mengayakan style rambut kamu itu.
Kalau kamu nak tahu, pomade zaman sekarang berbeza dengan Pomade zaman dulu. Dulu gunakan lemak beruang atau khinzir sebagai bahan asas. Pada zaman sekarang mereka menggunakan Lanolin, Beeswax dan Petroleum Jelly. Pomade terkenal di kalangan lelaki kerana dapat membuat rambut menjadi keras!
Kita boleh lihat pelbagai jenama pomade yang sedia ada ketika ini. Siap ada perisa buah-buahan lagi. Seperti kita tahu, pomade kini dijual dengan harga yang agak tinggi (mahal jugak sebenarnya) tetapi kamu harus tahu juga kelebihan dan keburukan memakainya.
Kelebihan
1. Membuat rambut seperti baru lepas mandi (kira nampak fresh la bila orang tengok tu).
2. Membuat rambut duduk dalam keadaan rapi dan tidak mudah di tiup angin.
3. Mudah untuk kamu mengayakan rambut mengikut cita rasa kamu sendiri. Dulu sebelum Pomade di perkenalkan susah betul nak keraskan rambut. Ada yang pakai banyak sampai nak habis gel tu. Haha tetapi sekarang tak perlu lagi. Pomade-kan ada!
Keburukan
1. Pakai Pomade dengan kerap boleh mematikan rambut hitam . Jika tak percaya cuba tengok rambut kamu ada tak warna merah dan kering?
2. Pakai Pomade berlebihan boleh menyebabkan rambut rosak. Contoh jika rambut kamu kerinting dan tidak mahu buat rebonding. Kamu boleh gunakan Pomade untuk meluruskannya. Tetapi kamu harus tahu bahawa ia akan merosakkan rambut kamu dalam masa terdekat. Bayangkan kamu sapu lilin banyak-banyak dekat rambut apa jadi?
3. Pomade boleh membuat kamu sakit kepala jika pakai secara berlebihan. Untuk mengelakkannya ia berlaku, cara pemakaian sebenarnya hanyalah sedikit sahaja. Patikan rambut kamu itu benar-benar kering baru gunakan Pomade. Jika masih basah lagi, sebab itulah kita tengok seseorang itu bukan main banyak lagi dia guna Pomade.
4. Perasan atau tidak, golongan yang memakai Pomade ini sering berada di dalam tandas? Ini gara-gara kamu mahu melihat kekalan pengayaan rambut kamu sama ada okay atau tidak. Sebab itu kamu sering ke tandas untuk mengelakkan rambut kelihatan hodoh atau tidak di ingini. - Remaja
No comments:
Write comments