Zaman sekarang tidak kira perempuan atau pun lelaki, tabiat berselfie sudah menjadi kebiasaan untuk dimuat naik pada laman sosial. Segelintir daripadanya menimbulkan rasa kurang senang kepada sesetengah pihak.
Namun begitu, apa yang mengejutkan adalah terbukti secara saintifik bahawa tabiat berselfie ini dapat membantu kamu untuk menurunkan berat badan. Agak-agak kamu, bagaimana selfie boleh menguruskan badan?
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan ke atas 271 orang berbadan besar yang mendaftar untuk program menguruskan badan di University of Alicante, Colombia, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui cara mereka berdiet dan apa yang mendorong mereka untuk menurunkan berat badan.
Sepanjang 16 minggu program dijalankan, para penyelidik akan mengambil gambar tumbuh badan peserta pada setiap minggu. Kajian telah membuktikan bahawa peserta lebih bermotivasi selepas melihat kemajuan penurunan berat badan berdasarkan gambar yang telah diambil.
Melihatkan kepada gambaran jelas bentuk badan yang telah direkodkan, mereka akan lebih berusaha untuk mencapai target yang diimpikan. Gambar selfie bertindak sebagai alat visual yang menjadi kayu aras bagi setiap pencapaian mereka.
Jika sebelum ini, REMAJA telah pun merungkai punca gagal bercinta adalah kerana kerap berselfie, namun terdapat lagi kajian yang telah membuktikan bahawa selfie boleh menurunkan berat badan. Jadi, mana satu pilihan kamu?
Tepuk dada, tanya selera. - Remaja
No comments:
Write comments