PUTRAJAYA - Berang dikenakan saman kerana memandu di lorong kecemasan, seorang pemandu tergamak memuat naik status menghina dan memaki hamun dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikecam di laman WeChat.
Bukan sahaja dihina, malah individu itu turut mendoakan dua anggota terbabit terlibat dalam kemalangan dan masuk neraka kerana telah menghancurkan mood perayaan Tahun Baru Cina mereka.
"Kalah-kalah anjing, keturunan banjingan kurap, lanj*ao size cacing hangus macam arang. P*ki bini diorang pun terbakar hangus lober nokumbir habis kali.
"Wish diorang dua accident terus mati masuk hell! Spoil our CNY mood only. Puii jahanam." katanya.
Jelas individu itu, dia menggunakan lorong kecemasan kerana ingin bergegas pulang ke rumah untuk makan besar sempena malam Tahun Baru Cina. Malah, dia turut mengaku mahu memberi rasuah kepada dua anggota terbabit.
Seorang rakannya WeChatnya yang terbaca status biadab itu kemudian memuat naik gambar screenshot di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Menyedari statusnya itu diviralkan, individu berkenaan segera memadamkan akaun WeChatnya. Namun sudah terlambat untuk berbuat demikian.
Netizen mendesak pihak berkuasa menyiasat dan menahan individu terbabit kerana cubaan merasuah, menghina dan mengaibkan dua anggota JPJ berkenaan yang hanya menjalankan tugas. - The Reporter
No comments:
Write comments