Kita ada hartawan, kita ada jutawan, kita juga ada “billionaire”.
Di Malaysia sahaja, kesemua 10 orang terkaya merupakan “billionaire” (dalam AS$). Hmm… urut dada dan tarik nafas panjang.
Bagaimanapun, dunia belum ada “trillionaire”. Trilion adalah jumlah yang menjangkaui seribu bilion atau sejuta juta… fuh, cuba hadam keterangan itu dahulu.
Dalam angka, satu trilion ialah 1,000,000,000,000. Ada faham?
Baru-baru ini Forbes melapor, Bill Gates sebagai calon yang paling hampir menjadi “trillionaire” pertama dunia walaupun asetnya kurang AS$915.6 bilion untuk mencapai satu trilion.
Nilai aset semasa Bill Gates ialah AS$84.8 bilion.
Jadi, bagaimana ia mungkin?
Jika Microsoft boleh kekalkan pertumbuhan sekata 11% setiap tahun, maka Bill Gates berpeluang cerah menjadi “trillionaire” dalam masa 25 tahun lagi, iaitu pada 2042.
Sejak meninggalkan Microsoft pada 2006, Bill Gates menumpukan masa dan sumber kewangannya dalam kempen dan pergerakan membasmi penyakit berjangkit serta kesedaran pendidikan di seluruh dunia melalui Yayasan Bill dan Melinda Gates.
Gates dan isterinya juga menawarkan peluang kepada jutawan lain yang ingin membantu dengan memberikan sebahagian harta mereka.
Di sebalik hakikat sudahpun meninggalkan Microsoft pada 2006 dan melibatkan diri sepenuhnya dalam kebajikan, Gates juga akui tidak merancang meninggalkan harta yang banyak untuk warisnya.
Hmm… apapun bila harta mula mengembang, secara automatik ia sukar dikawal dan mustahil untuk mengecut.
Kita tunggu dan lihat kalau-kalau Bill Gates mampu menjuarai pertandingan atau akan ada “billionaire” lain yang memecut dan membuat kejutan.
Ehem, mana tahu mungkin dari Asia, Asia Tenggara, atau Malaysia… - Free Malaysia Today
No comments:
Write comments