SHAH ALAM - Rakyat kini resah dengan keadaan ekonomi negara yang suram, kos sara hidup yang semakin membebankan dan kejatuhan nilai ringgit yang memberi kesan terhadap kenaikan harga barang.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keadaan ini berlaku disebabkan kegagalan kepimpinan negara untuk menangani permasalahan rakyat dengan baik.
"Malah, mereka pula menjadi beban kepada rakyat dengan pelbagai bentuk penyelewengan dan salah urus yang berlaku secara terang-terangan," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi besar harapannya agar ;awan kelam yang menyelubungi negara kita segera berakhir dan muncul sinar harapan baharu yang akan menerangi kehidupan rakyat.
"Kita mahu mengembalikan semula maruah dan kegemilangan negara serta menjamin kehidupan rakyat yang lebih sejahtera," ujarnya.
Beliau turut menzahirkan harapan agar seluruh rakyat Malaysia supaya sentiasa menyuburkan perasaan hormat-menghormati antara kaum serta menolak sebarang usaha ke arah menimbulkan prasangka buruk antara kaum yang selama ini terjalin erat.
Katanya, perbalahan dan perpecahan hanya akan membawa kepada kemusnahan dan tidak menguntungkan negara. - Sinar Harian
No comments:
Write comments