KEJAM….seorang lelaki mengaku salah atas tuduhan memotong puting payu dara kekasihnya dengan sebilah gunting ketika mereka bergaduh, tahun lepas.
Selain melakukan keganasan itu, Tony Deval Ledbetter, 45, yang berasal dari South Dakato, turut memukul teman wanitanya serta menghentak kepala wanita tersebut ke dinding.
Ketika dia cuba menghalang wanita itu daripada menjerit, Tony telah mengambil selimut lalu menyumbat ke mulut wanita terbabit supaya jeritan itu tidak didengari oleh jiran-jiran.
Nasib baik mangsa berjaya melarikan diri dan menghubungi polis.
Tony juga cuba menipu mahkamah dengan menyatakan ia adalah bagi tujuan mempertahankan diri namun penipuan itu tidak berjaya apatah lagi teman wanitanya sedang mengandung ketika itu.
Nasib baik bayi yang dilahirkan selamat. Nama wanita itu tidak didedahkan disebabkan oleh keganasan dan kes masih dalam perbicaraan.
Tony berdepan hukuman maksimum 15 tahun dan akan menerima hukumannya pada bulan November ini. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments