SEORANG pengantin perempuan yang mengimpikan perkahwinan di kawasan perkampungan terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa apabila terpaksa berjalan di atas altar, dengan dikelilingi oleh babi.
Steph, 23, yang merupakan seorang eksekutif pembangunan dari Mansfield Woodhouse, Nottingham, menyerahkan semua perancangan perkahwinannya kepada suaminya, Billy Grieves, 27, yang juga seorang ahli bomba.
Namun tanpa disangka oleh Steph, suaminya membelanjakan wang sebanyak RM78,000 untuk mengadakan perkahwinan bertemakan babi dengan 50 ekor babi digunakan dalam majlis berkenaan.
Majlis itu juga diadakan di sebuah ladang babi.
Alasan Billy, dia menggunakan tema babi adalah kerana nama gelaran isterinya ketika kecil adalah `little piggy’. Billy menyangka ia sesuatu yang unik namun Steph ternyata kecewa malah enggan bercakap dengan suaminya tatkala dia tiba di situ.
Steph nyata tidak menyangka bahawa dia akan menyatakan `I do’ dengan babi sebagai tetamunya.
Pasangan itu bertemu kira-kira empat tahun lalu di sebuah kelab malam dan Billy telah melamarnya tiga tahun kemudian.
Tindakan Billy itu nyata dicemuh ramai dan disifatkan sebagai bodoh. Malah ramai yang menyifatkan apa yang dilakukannya itu sebagai tidak munasabah. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments