Monday, 21 August 2017

Nekad Failkan Cerai Sebab Tiada Tandas Dalam Rumah


AKIBAT tertekan tidak mempunyai tandas dalam rumah, seorang wanita dari New Delhi, India nekad memfailkan cerai terhadap suaminya, baru-baru ini.

Memetik laporan The Hindu, wanita itu sebelum ini pernah merayu kepada keluarga mertuanya untuk membina tandas dalam kediaman mereka kerana sudah tidak tahan terpaksa keluar ke padang berhampiran rumah untuk membuang air kecil dan besar.

Mahkamah Keluarga di Bhilawara mendapati perbuatan keluarga mertua terbabit sebagai satu kekejaman kerana menyebabkan penyeksaan mental terhadap wanita itu sejak dia berkahwin dengan anak pasangan itu pada 2011.

Hakim Rajendra Sharma menyifatkan ketiadaan tandas adalah sesuatu yang memalukan pada abad ke-21 dan dianggap sebagai satu penyakit masyarakat.

“Pelik apabila orang tiada masalah berbelanja membeli arak, rokok atau telefon bimbit tetapi bukan untuk membina tandas di dalam rumah,” kata hakim tersebut sekali gus meluluskan permohonan cerai yang dituntut wanita berkenaan.

Sebaik bercerai, wanita itu kemudiannya berpindah semula ke rumah kedua ibu bapanya yang mempunyai tandas dalam kediaman mereka. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments