SEORANG lelaki telah dihukum penjara 10 tahun selepas dia tertembak alat sulit teman wanitanya ketika mereka sedang berfantasi seks dalam kes yang disifatkan hakim sebagai fantasi seksual dengan akibat yang mengerikan.
Lelaki itu, David Jeffers, yang berasal dari Manchester, telah mengaku salah atas tuduhan memiliki senjata api dengan niat membahayakan nyawa.
Dalam kejadian berkenaan, mangsa yang berusia 46 tahun, telah memaklumkan kepada David mengenai keinginan seksnya itu.
Pada masa sama, David mendakwa menemui pistol antik berkenaan di dalam tandas di sebuah pub.
Sebelum terlibat dalam seks itu, pasangan itu telah menyewa sebuah bilik hotel dan mereka turut menghisap dadah.
Ketika sedang berfantasi seks itu, David kemudiannya memasukkan senjata itu ke dalam alat sulit wanita terbabit.
Ketika itu mereka bersetuju bahawa tangan David hanya berada pada picu senjata itu sahaja, bukan menekannya.
Namun ketika mangsa sedang terbaring dalam keadaan bogel atas katil. David secara tidak sengaja telah tertekan picu pistol itu..
Selepas kejadian tersebut, David melarikan diri manakala mangsa terbaring di atas katil hotel. Dia dikejar ke hospital dan berjaya diselamatkan.
Di hospital, wanita itu memaklumkan kepada doktor dan menyifatkan David sebagai lelaki jahat. Laporan polis telah dibuat dan David akhirnya ditangkap. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments