JIKA sebelum ini profesor British, Profesor Robert Kelly diganggu anaknya ketika sedang ditemuramah live bersama British Broadcasting Corporation (BBC), kali ini seorang penganalisa politik pula kantoi berseluar pendek.
Tapi kesnya tak havoc macam kes Profesor Robert kerana dia memang lengkap berpakaian ketika ditemuramah menerusi Skype, namun yang lawaknya, anak lelakinya telah ‘mendajalkan’ bapanya sendiri apabila berkongsikan gambar di laman sosialnya menunjukkan aksi bapanya hanya berseluar pendek ketika melakukan sesi wawancara itu.
Penganalis politik warga Jordan itu, Majid Asfour diwawancara Al-Jazeera menerusi aplikasi Skype bagi membincangkan insiden tembak-menembak di Amman, Jordan. Sesi itu dilakukan di rumah Majid sambil dia duduk meletakkan laptopnya di bahagian peha.
Bahagian atas badannya digayakan dengan penuh sempurna seumpama mahu pergi bekerja, tapi bila dilihat di bahagian bawah badannya, hanya berseluar pendek.
Adegan-adegan di balik tabir ternyata memang menarik untuk ditonton. Jika di depan tabir kelihatannya sudah tampil sempurna, tapi kalau di belakang tabir, memang hilang glamor tu dah! Haha.. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments