DUGAAN juga rupanya apabila bersuamikan seseorang yang bukan sahaja berprofil tinggi, malah dikenali di mata masyarakat sebagai lelaki yang ‘alim’ dan baik-baik.
Gara-gara memuat naik foto di Instagram dengan berpakaian yang tidak sesuai bagi imej wanita bertudung, isteri kepada penyanyi nasyid Hafiz Hamidun iaitu Joyrevfa atau Joy dikecam teruk oleh netizen!
Gambar yang dimuat naik Joy pada Ahad lalu itu merupakan salah satu foto untuk tujuan mempromosikan jenamanya, Merve.
Pakaian yang dikenakan Joy dikatakan terlalu seksi kerana seolah-olah menampakkan bahagian dada walaupun dia memakai anak baju dengan kain warna kulit.
Dan secara automatiknya, sebagai suami, Hafiz Hamidun, turut terheret sama dek kerana imej ‘tak seswai’ isterinya itu.
Tapi apa yang mengejutkan adalah apabila Hafiz sendiri tidak mengetahui hal itu kerana dia telah disekat untuk menjadi pengikut di Instagram milik isterinya sendiri!
Oleh itu Hafiz tidak boleh melihat foto-foto dikongsi Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30, di Instagram.
“Saya tak mengikuti Joy di Instagram, jadi saya tak tahu tentang foto tersebut.
“Malah, rasanya isteri dah sekat akaun saya di Instagram dan sebab itu saya tidak boleh lihat foto-foto yang dikongsinya.
“Jadi, buat masa sekarang ini tak ada apa yang boleh saya komen,” kata Hafiz kepada mStar Online.
Hafiz dan Joyrevfa berkahwin pada 1 Mei lalu di Shah Alam. Perkahwinan mereka antara yang mendapat perhatian netizen kerana rata-rata memuji Hafiz memilih Joy yang berstatus janda anak satu. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments