SUDAH banyak kali kejadian dirogol kenalan WeChat disiarkan media-media tempatan. Namun tidak banyak kalangan kita yang mengambil pengajaran daripada isu ‘panas’ tersebut.
Dan baru-baru ini ada lagi kes melibatkan seorang gadis yang dilaporkan sudah terlanjur dengan kenalannya yang dikenali menerusi aplikasi perbualan tersebut.
Menerusi status Facebook Zeeda Aziz, dia memuat naik sebuah posting mengenai kisah gadis tersebut agar dijadikan iktibar buat gadis-gadis di luar sana.
Dalam statusnya itu, Zeeda menceritakan hal gadis tersebut yang dipaksa minum air berkarbonat oleh lelaki yang merogolnya, kerana lelaki itu menyangkakan air bergas mampu mematikan sperma.
Hai, mana punya mazhablah budak ni belajar?
Air bikarbonat bukannya boleh mematikan sperma, sebaliknya boleh hilangkan dahaga je la..
Hmmm, apa-apa pun ibu bapa masa kini mempunyai lebih banyak cabarannya dalam membesarkan anak-anak sementelah dengan perkembangan teknologi masa kini yang semakin berkembang pesat.
Sentiasalah pantau telefon pintar milik anak masing-masing agar kejadian ‘memadu kasih asmara’ di antara rakan WeChat tidak berlaku kepada anak anda. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments