KOMPOSER Edry Abdul Halim memberitahu dia sengaja menggunakan strategi ‘melakukan sesuatu agar ia tular ketika mencipta lagi I Am Menyanyian Datuk Seri Vida.
Katanya, lagu tersebut dicipta memang untuk diviralkan kerana bersesuaian dengan Vida yang sukakan perhatian perhatian dari netizen.
“Memang tujuan utama lagu itu dicipta supaya ia menjadi viral. Datuk Seri Vida seorang yang suka benda-benda yang menarik perhatian.
“Memandangkan dia nak lagu berbahasa Inggeris, saya ambil melodi dan lirik yang senang serta mudah difahami.
Jelas Edry, 41, walaupun lirik lagu itu seakan-akan memuji diri sendiri, sebenarnya ia merupakan jalan cerita untuk membina keyakinan diri.
“Mungkin ramai yang fikir ia seperti memuji diri sendiri. Sebenarnya ia menceritakan tentang macam mana nak bina keyaakinan diri.
“Vida sememangnya melambangkan keyakinan seorang wanita dan I Am Mememang sesuai untuk dia,” kata Edry kepada mStar Online.
Tambah Edry, lagu tersebut dicipta mengikut karekter dan suara Vida, jadi dia berharap tidak ada yang meletakkan jangkaan yang tinggi dalam nyanyian Vida. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments