Wednesday, 12 July 2017

Bagi Masa Untuk Tenangkan Hati – Lelaki Anime


SUSULAN pendedahan rakannya mengenai dirinya yang tidak sama seperti lelaki berwajah anime, Amirul Rizwan Musa berkata dia kini berasa sangat tertekan dengan situasi sekarang sehinggakan tidak boleh memberikan sebarang penjelasan lanjut sebaliknya membiarkan netizen untuk menilai sendiri.

“Saya tidak mahu membesarkan perkara ini kerana sudah terlalu banyak penghinaan yang diterima sejak gambar wajah saya menjadi tular kira-kira sebulan lalu.

“Macam-macam orang dah kutuk saya termasuk kata saya menipu. Kalau saya ni penipu tak perlulah saya jelaskan apa-apa di sini. Haters (pembenci) tetap kata mereka betul.

“Saya tak minta untuk ditularkan dan tak minta perhatian orang ramai. Bila kamu sudah publisitikan saya, sekarang nak cakap saya menipu.

“Bagi saya masa dan ruang untuk tenangkan hati. Saya juga manusia yang punya hati dan perasaan,” katanya, memetik Harian Metro.

Amirul atau nama glamornya, Miyyo Rizone sebelum ini membuat pendedahan, dia sudah belanja hampir RM200,000 untuk melakukan pembedahan mengubah wajah mirip watak anime Final Fantasy, Squall Leonheart.

Namun, seorang wanita, Bella Barbie yang mendakwa rakan baik kepada Miyyo tampil membuat pendedahan mengatakan Miyyo berwajah anime adalah sama sekali tidak wujud.


Sebaliknya, Bella mendakwa Miyyo hanya mengedit wajahnya menggunakan aplikasi Camera360 dan BeautyPlus.

Disebabkan ‘penipuannya’ itu, Miyyo tidak pernah muncul menerusi video atau munculkan diri apabila ada beberapa program televisyen menjemputnya ke set rakaman kerana wajahnya yang berbeza dengan foto yang tular di media sosial.

Malah dalam kenyataannya, Bella turut menafikan jumlah RM200,000 yang dibelanjakan Miyyo, sebaliknya prosedur pembedahan plastik di Thailand yang dilakukan jejaka berusia 21 tahun itu tidak melebihi RM5,000. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments