GEORGE TOWN – Ramai geleng kepala. Ini bukan sekali, dua kali tetapi sudah beberapa kali foto intim dua individu yang menyerupai pemimpin muda ikon DAP itu tersebar tular menjadi sensasi.
Kedua-duanya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Ironi ramai netizen beristighfar dan tidak kurang bertanya soalan cepumas, jika benarlah gambar yang didakwa itu memang orangnya, ia tentu boleh cetus pelbagai andaian.
Sebenarnya kisah gosip hubungan dua insan ini bukan baharu, namun sejak petang Selasa, beberapa gambar tanpa tarikh yang tersebar menerusi media sosial menimbulkan ‘cakap-cakap’ kurang enak mengenai perwatakan mereka.
Dua individu ini dilihat agak mesra duduk santai di sebuah restoran dengan beberapa orang lain. Wanita berambut panjang dan berpakaian warna hitam itu kelihatan manis ceria menyandarkan kepalanya di bahu lelaki berkenaan.
Manakala tangan lelaki itu romantis di bahu dengan jari mereka terjalin erat. Foto lain pula memaparkan mereka dalam kedudukan yang sama, bercium. Malah ada gambar lain menunjukkan wanita itu minum dari gelas besar.
Ramai netizen ‘gembira’ apabila dapat bebas tanpa sekatan pihak SKMM sendiri berkongsi foto menerusi media sosial serta memberi bermacam-macam komen sama ada positif atau negatif mengenai gelagat mereka berdua ini.
Bagaimanapun ibu kepada wanita itu, Yammy Samad dilaporkan beberapa portal tempatan sebagai ‘berang’ dan menyelar pihak yang dilihat sebagai sengaja menyerang urusan peribadi anaknya iaitu Dyana Sofya Mohd. Daud.
“Mengapa mereka dengki sangat dengan anak saya? Apa salah dia? Hak Dyana Sofya dan privasi anak saya jangan diganggu. Dulu saya sudah pun jelaskan hubungan dia dengan Zairil (Khir Johari – Ahli Parlimen Bukit Bendera).
“Mereka tidak bercinta. Mengapa ada saja pihak nak cari salah mereka?” soal Yammy yang dipetik oleh portal itu. Menurutnya, penyebaran foto tersebut sebagai fitnah terbaharu terhadap anaknya oleh pihak-pihak tertentu.
Yammy menjelaskan, ada yang mahu merosakkan imej DAP, sekali gus melihat Dyana Sofya disingkirkan daripada parti. Beliau juga menyokong anaknya dengan menyifatkan ia sebagai pencerobohan privasi kehidupan Dyana Sofya.
Dalam pada itu, pembantu Lim Kit Siang tersebut dalam kenyataannya semalam tidak pula mengesahkan atau pun menafikan bahawa dia adalah wanita dalam gambar itu. Sebaliknya ia didakwa serangan peribadi terhadap dirinya.
“Ini adalah serangan peribadi ketiga dalam tempoh dua bulan terhadap saya. Saya anggap Pilihan Raya Umum sudah sangat hampir. Tidak kiralah siapa yang ada dalam gambar itu atau video yang mereka dakwa itu ialah saya.
“Ini adalah pencerobohan privasi utama dalam kehidupan individu itu. Saya sedih budaya politik kita telah langkau sehingga tahap ini. Saya tiada masa untuk melayan serangan ini ataupun simpan dendam,” kata Dyana Sofya lagi.
Dia mula dikenali ramai selepas dipilih menjadi calon DAP ketika pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada 2014 lalu, namun tewas kepada wakil BN iaitu Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
No comments:
Write comments