Saturday, 22 April 2017

Polis Indonesia Siasat Foto Lucah Ahli Parlimen


JAKARTA – Ketika Malaysia kecoh dengan foto intim dua tokoh pembangkang terkenal, Indonesia pula gempar dengan penularan foto lucah seorang anggota Parlimen tempatan yang agak popular.

Media melaporkan, pihak polis menyiasat penyebaran sejumlah foto pornografi yang jelas memaparkan wajah ahli Suruhanjaya VII Dewan Perwakilan Rakyat dari Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Aryo Djojohadikusumo.

Ia secara kebetulan ditularkan selepas wakil parti itu, Anies Baswedan mengalahkan calon pilihan, Basuki Tjahaya Purnama tanpa diduga dalam pusingan kedua Pemilihan Umum Ketua Daerah (Pilkada) Jakarta yang cukup sengit.

“Itu dapat kami lakukan penelusuran ya,” kata Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya, Komisioner Argo Yuwono kepada media. Setakat ini belum ada lagi laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak.

Beliau menambah bahawa siasatan polis boleh dimulakan sebaik sahaja ada aduan rasmi waima daripada model bogel dalam foto ‘panas’ itu sebagai kes cubaan jahat pihak tertentu untuk mengaibkan maruah individu tersebut.

Bagaimanapun, di bawah undang-undang antipornografi Indonesia, sesiapa sahaja termasuk si pasangan dalam gambar berkenaan yang didapati sengaja menyebarkan foto erotik sedemikian juga boleh didakwa di mahkamah.


“Individu dalam foto itu jika sebar pun boleh ditahan untuk disiasat sebagai kes jenayah pornografi. Kami kena lihat dulu apakah dia sengaja atau ada pihak ketiga yang menyebarkan tanpa pengetahuan pasangan itu,” terang Argo.

Netizen republik terbesar di rantau Asia tenggara itu sejak semalam kecoh dengan penularan empat foto yang jelas menampakkan muka Aryo ceria memeluk manja seorang model popular tanpa busana dalam sebuah bilik air.

Turut dipaparkan ialah adegan hubungan seks pasangan tersebut yang bertelanjang di atas ranjang. Aryo yang masih bujang merupakan anak tokoh pengasas Gerindra dengan ramai ahli keluarganya aktif politik nasional.

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan bahawa Timbalan Ketua Umum Gerindra, Sufmi Dasco Ahmad turut mengesahkan lelaki dalam foto tersebut bukan Aryo setelah dimaklumkan orang ramai yang mahukan kepastian.

“Sudah disahkan dan saya pastikan itu bukan yang berkenaan,” katanya menyifatkan penyebaran foto porno itu sebagai cubaan jahat pihak tertentu menjejaskan imej parti dan Anies selepas Pilkada. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments