Seoul: Masyarakat Korea memang terkenal kerana suka memakan benda eksotik. Antaranya, katak.
Laporan terbaru dari negara itu menyatakan, seorang lelaki mati setelah memakan haiwan dua alam itu.
Sumber berkata, lelaki berusia 57 tahun itu sebelum itu menangkap lima katak di sebuah empangan di daerah Daejon bersama beberapa temannya dan menyangka katak itu spesies ‘bullfrog’ yang boleh dimakan.
Menurut polis, mereka membawa pulang katak itu dan menyerahkan kepada isteri seorang daripada mereka yang mengusahakan sebuah restoran.
Tidak lama setelah memakannya, lelaki terbabit mula muntah dan dihantar ke hospital. Dia mati pagi berikutnya.
Polis yang menjalankan pemeriksaan forensik pada saki-baki daging katak itu mendapati ia mengandungi toksin yang jika dimakan berlebihan boleh membawa maut.
Bagaimanapun, empat rakannya selamat. – Agensi
No comments:
Write comments