Friday, 21 April 2017

Bestnya Dapat Jadi Ahli Politik Bebas Moral


“MACAM saya tapi itu bukan saya!”

“Itu hidup privasi saya, ia bukan isu politik!”

Sensasi orang kantoi ini, memang banyak pesona dan sensasinya. Apabila anda dikaitkan sebagai tidak bermoral, apa yang anda perlu lakukan hanyalah: Menafikan secara retorik moden.

Ahli politik tidak perlu memikirkan kesan kelakarnya yang amat memualkan dalam jawapan mereka.

Seorang pemimpin tersohor pernah dikaitkan dengan skandal seks dan visual kemera tersembunyi secara jelas menunjukkan wajahnya.

Namun, secara retorik, tokoh ini menjawab: “Walaupun visual itu jelas wajah saya, tetapi ia bukan saya!”

Trend kelakar ini ada sainsnya dalam politiknya. Ia isyarat jelas bahawa: Dalam realiti di luar mahkamah dan menghadapi realiti pengadilan sosial, anda tidak perlu mengaku.

Menafikan tuduhan sekali pun dengan bukti visual dan foto, bukan satu kesalahan berbohong.

Ia taktikal am untuk membentuk persepsi: “Saya tidak mengaku!”

Seorang ahli politik wanita sekali pun berkucup, teguk arak, diraba dengan tangan lelaki di celah kelangkangnya, hanya perlu jawab: “Hei! Ini privasi.”

Ia berlaku di restoran. Jadi asmara di meja makan bukan isu politik untuk seorang ahli politik.

Skandal intim hubungan terbuka di dalam restoran, dan mengucupi suami orang ketika status anda hanyalah betina skandal – juga bukan isu dalam politik.

Isu politik bagi ahli politik bukan lagi soal skandal asmara, bukan juga isu minum arak di restoran dan bukan isu diraba laki orang.

Isu politik bagi ahli politik sekarang, ialah kecekalan untuk menafikan segala macam tular pembongkaran moralnya yang memalukan!

Alahai! Dalam bahasa lain: Jangan bawa soal hukum Islam, jangan sentuh soal moral kemanusiaan dalam konteks berjantan dengan laki orang atau meneguk wain di khalayak terbuka. Itu semua bukan isu politik.

Nampaknya ahli politik akan mewah seks bebas, akan mewah skandal dan bertukar jantan atau betina. Akan bebas arak dan bebas beromen di khayalak terbuka.

Kerana kata si polan: Itu bukan isu politik! – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments