Wednesday, 26 April 2017

Parah Dikaki Terkena Peluru Senapang Angin


Kuala Terengganu: “Saya bernasib baik peluru itu hanya kena kaki, kalau kena kepala, mungkin nyawa melayang,” kata Tengku Abd Rahim Tuan Ahmad, 27, yang parah di kaki selepas terkena tembakan dipercayai peluru senapang angin di Kampung Wakaf Mempelam Telemong, Hulu Terengganu, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Tengku Abd Rahim baru selesai meronda kebun abang iparnya sebelum menahan perangkap ayam hutan di kawasan semak berhampiran.

Sebaik memasang perangkap, mangsa yang berasal dari Kampung Landas, Hulu Terengganu dikatakan menyorok di kawasan semak kira-kira 100 meter dari perangkap yang dipasang.

Tengku Abd Rahim berkata, dia menyorok di dalam semak dan ada menggerakkan badan beberapa kali untuk melihat keadaan perangkap.

“Saya ada melihat kawasan perangkap dan ketika itu, saya dengar bunyi tembakan yang saya sendiri tidak pasti dari arah mana sebelum penembak itu menghilangkan diri.

“Pada masa sama, saya dapat rasakan kesakitan pada betis sebelum pemeriksaan mendapati terdapat kesan dua lubang besar,” katanya. - myMetro

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments